Carian
Rakan Digital Selangor Diumumkan Untuk Mendidik Berkenaan Aplikasi Digital, Serta Menyebarluas Inisiatif Digital
October 30, 2020 Aman

Negeri Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan Selangor 2021, sekaligus memperlihatkan sejumlah inisiatif yang memperlihatkan sasaran Selangor untuk menjadi negeri pintar dalam beberapa tahun lagi.

Selari dengannya, kerajaan negeri turut mengumumkan inisiatif baru dinamakan Rakan Digital Selangor.

Melalui inisiatif ini, sekitar 1000 orang Rakan Digital Selangor akan dilantik, sekaligus bertugas dalam mendidik dan membiasakan rakyat Selangor kepada sejumlah aplikasi digital yang memudahkan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Disamping itu, mereka juga turut akan bertugas dalam menyebarluaskan inisiatif digital ke seluruh negeri Selangor.

Langkah ini juga dijangka akan membantu lebih ramai peniaga mikro dan PKS, serta golongan B40 dalam menggunakan arena digital untuk terus meningkatkan pendapatan, selain tidak tertinggal dalam peralihan dunia ke arah digital kini.

Komen