Realiti Maya Tidak Akan Menjadi Tonggak Utama Gaming Untuk Beberapa Tahun Lagi – CEO PlayStation

Realiti Maya Tidak Akan Menjadi Tonggak Utama Gaming Untuk Beberapa Tahun Lagi – CEO PlayStation

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Realiti maya bukanlah suatu konsep yang baru. Teknologi ini telah diperkenalkan sejak 1950an. Ia telah memperlihatkan peningkatan dari segi teknologi dan pengalaman pengguna yang mendadak kebelakangan ini, tetapi terdapat pihak yang mengatakan bahawa teknologi ini masih jauh lagi daripada memasuki arus perdana pengguna moden.

Jim Ryan, CEO PlayStation baru-baru ini mengeluarkan pendapat bahawa walaupun teknologi realiti maya kini sedang pesat dibangunkan oleh pelbagai pihak, termasuklah Sony sendiri, teknologi tersebut masih lagi memerlukan beberapa tahun lagi sebelum orang ramai boleh merasakan pengalaman gaming yang menyeronokkan.

PS VR

Dalam pada itu, ia juga boleh dikatakan bahawa industri realiti maya kini berada didalam fasa ujian besar-besaran dimana terdapat banyak syarikat-syarikat lain seperti Google, Oculus dan HTC dimana kesemuanya hadir di platform yang berbeza, dan kini memisahkan pangkalan pengguna.

Beliau mengatakan bahawa pengalaman bermain permainan realiti maya masih akan kekok untuk beberapa tahun akan datang, tetapi teknologi tersebut dilihat berkembang dengan sangat pesat.

Industri tersebut juga dilihat semakin menghampiri masa dimana ia dilihat akan menjadi sangat popular tidak lama lagi, mungkin seperti dalam buku dan filem Ready Player One.

Jim Ryan mengatakan lagi bahawa Sony tidak akan berputus-asa dalam pembangunan teknologi realiti maya ini, kerana bagi mereka, industri tersebut masih lagi merupakan satu cabang hiburan yang belum lagi diterokai sepenuhnya.



Paling Popular