Lebih 100 Bilion Mesej Dihantar Melalui WhatsApp Setiap Hari

Lebih 100 Bilion Mesej Dihantar Melalui WhatsApp Setiap Hari

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Facebook hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka, sekaligus berkongsi sejumlah data menarik berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan dibawah mereka.

Salah satunya adalah WhatsApp. Menurut Facebook, kini setiap hari lebih 100 bilion mesej dihantar melalui perkhidmatan permesejan WhatsApp.

Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan positif untuk perkhidmatan permesejan berkenaan. Kali terakhir WhatsApp menyaksikan penghantaran sekitar 100 bilion mesej setiap hari adalah pada ambang tahun baru.

Dari segi pengguna, WhatsApp kini mempunyai lebih 2 bilion pengguna, dan dengan angka penghantaran lebih 100 bilion mesej sehari, ia sekaligus memperlihatkan WhatsApp kini menjadi salah satu medium komunikasi utama diseluruh dunia.



Paling Popular