Oppo Membangunkan Sistem GPS Dengan Ketepatan Bawah 1 Meter

Oppo Membangunkan Sistem GPS Dengan Ketepatan Bawah 1 Meter

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Tahun ini China akhirnya melancarkan BeiDou, sistem penjejakan lokasi satelit mereka sendiri bagi menyaingi GPS yang sudah berusia 25 tahun. Menerusi BeiDou, pengguna di China tidak perlu berkongsi data dengan GPS yang dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat disamping mempunyai sistem kendiri buatan tempatan.

Minggu ini Oppo mengumumkan mereka sedang membangunkan sistem kinematik masa nyata (real time kinematics) untuk sistem penjejakan lokasi yang memberikan ketepatan bacaan bawah 1 meter. Ini dilakukan dengan menggunakan algoritma baharu yang dibangunkan dengan bantuan dari China Mobile.

Pada waktu ini BeiDou memberikan ketepatan bacaan lokasi sehingga 2.6 meter untuk kegunaan orang awam dan 10 cm untuk kegunaan tentera. Sementara itu GPS pula hanya memberikan ketepatan bacaan sehingga 4.6 meter.



Paling Popular