Tim Cook Mengacah Beberapa Kejutan Menarik Akan Datang Dari Apple Pada Tahun 2020 Ini

Tim Cook Mengacah Beberapa Kejutan Menarik Akan Datang Dari Apple Pada Tahun 2020 Ini

Diterbitkan pada Okt 30, 2020 oleh .

Apple sedia memperkenalkan beberapa produk baru untuk dua bulan kebelakangan ini – daripada iPad, Apple Watch dan iPhone terbaru. Kini, bercakap lanjut mengenai Apple, Tim Cook mengatakan mereka masih belum tamat dengan penawaran produk untuk 2020 ini, dan akan hadir dengan beberapa kejutan menarik lagi sebelum berakhirnya tahun 2020 ini.

Tim Cook berkongsi berkenaan perkara ini ketika pengumuman laporan penyata kewangan untuk suku terakhir bagi Apple.

Antara yang dinantikan adalah termasuk komputer Mac pertama yang dijana cip pemprosesan keluaran mereka tersendiri – Apple Silicon. Apple telah berkongsi hasrat berkenaan perkara ini, mengatakan akan menggantikan keseluruhan produk komputer mereka dengan cip keluaran tersendiri dalam dua tahun lagi.

Disamping itu, desas-desus turut mengatakan Apple akan hadir dengan sebuah produk ringkas seumpama Tile, dinamakan Apple AirTags.

Apple juga baru sahaja mengumumkan penawaran Apple One, yang bakal ditawarkan kepada umum bermula November ini.

Selain daripada ini, mungkin juga kita boleh nantikan beberapa kejutan dari segi penawaran aksesori, produk audio dan sebagainya daripada Apple. Dengan berbaki dua bulan lagi, sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang disediakan oleh Apple pada 2020 ini.



Paling Popular