Cari @ Amanz

Sony sedia mempunyai beberapa anime terbitan mereka melalui Aniplex, selain turut telah mengambil-alih Funimation pada 2017 yang lepas. Kini, dalam usaha terus mengukuhkan kedudukan dalam arena anime, Sony dalam perbincangan untuk mengambil-alih satu lagi perkhidmatan penstriman anime terkemuka, Crunchyroll.

Mengikut laporan Nikkei, Sony dilaporkan telah memasuki fasa terakhir perbincangan untuk pengambil-alihan. Ia dikatakan Sony mungkin membelanjakan hampir $975 juta untuk mengambil-alih perkhiidmatan penstriman anime berkenaan.

Dengan langkah mengambil-alih ini, ia akan membolehkan Sony terus menguasai dan menerajui pasaran anime seluruh dunia – yang mana bernilai sekitar $21 bilion pada 2018 yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd