Perang penstriman akan semakin hangat bermula 1 Disember ini kerana DAZN mengesahkan perkhidmatan mereka akan dikembangkan lagi ke 200 negara global termasuk Malaysia. Perkhidmatan penstriman sukan ini mempunyai reputasi sebagai platform untuk menonton sukan tinju.
Harga langganan ialah £1.99 (~RM11) sebulan dengan penawaran perlawanan tinju secara langsung serta perlawanan klasik serta kandungan asli temuramah bersama atlet. DAZN boleh distrim menerusi komputer, telefon pintar, tablet, konsol dan televisyen pintar.
Pada 5 Disember mereka akan menawarkan dua pertarungan gusti Dengan Ryan Garcia menentang Luke Campbell dan pada 12 Disember pula menyaksikan Anthony Joshua menentang Kubrat Kulev untuk tali pinggang heavyweight WBA. IBF dan WBO,