Seperti dinantikan, kini Apple telah mula menawarkan berkas langganan Apple One untuk pengguna Malaysia, membolehkan anda mendapatkan sejumlah perkhidmatan dibawah Apple pada sebuah harga yang rendah.
Melalui berkas langganan Apple One ini, ia menawarkan gabungan langganan untuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan juga storan awan iCloud pada sebuah harga = dalam pilihan pakej individu atau keluarga.
Langkah penawaran ini membolehkan pengguna lebih berjimat berbanding keperluan melanggan satu-per-satu seperti sebelum ini.

Pakej individu yang hadir dengan semua penawaran diatas, dan storan 50GB untuk iCloud ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan.
Sementara pakej keluarga yang boleh dikongsi sehingga lima orang pula ditawarkan pada harga RM33.90 sebulan.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh ke laman tetapan Settings, dan menekan pada nama anda, dan seterusnya memilih Subscriptions. Melaluinya, anda akan dipaparkan dengan pilihan Apple One, dan tap padanya untuk melihat pakej yang ditawarkan.
