Cari @ Amanz

Apple kini mengumumkan program gantian semula untuk AirPods pro dengan masalah bunyi. Apple mengatakan mereka mendapati sejumlah kecil peratusan AirPods Pro mungkin menghadapi masalah bunyi – dan telah dikeluarkan sebelum Oktober 2020.

Antara masalah yang didapati adalah termasuk ciri pembatalan hingar aktif yang tidak berfungsi seperti dijangka, selain bunyi statik yang meningkat ketika persekitaran yang bising, atau ketika sedang bercakap menggunakan telefon.

Apple mengatakan mereka akan mmenggantikan AirPods Pro yang terlibat dengan unit baru.

Bagi anda yang terlibat, boleh ke pusat khidmat Apple terdekat, untuk proses gantian. Pihak Apple akan menyemak terlebih dahulu, dan sekiranya AirPods Pro anda terkesan dengan masalah ini, maka AirPods Pro anda akan digantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd