Kita sedia melihat Samsung dan Huawei hadir dengan telefon menggunakan skrin boleh-lipat mereka tersendiri. Selain kedua-duanya, dengan Xiaomi yang kini turut menduduki tangga ketiga dalam arena telefon pintar turut sedang melihat untuk hadir dengan telefon boleh-lipat tersendiri.
Melalui kod awal pada MIUI12, ia dilihat Xiaomi sedang membangunkan sebuah telefon boleh-lipat dengan nama kod “Cetus”.
Peranti ini dijangka enggunakan cip Snapdragon, selain dijana kamera utama 108-megapixel.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan memperkenalkan penawaran mereka tersendiri. Pasaran telefon boleh-lipat boleh dimonopoli oleh Samsung buat masa ini di Malaysia.