Telegram Kini Membolehkan Anda Pin Lebih Daripada Satu Mesej

Telegram Kini Membolehkan Anda Pin Lebih Daripada Satu Mesej

Diterbitkan pada Okt 31, 2020 oleh .

Perkhidmatan permesejan Telegram sedia menawarkan kemudahan untuk anda pin sesuatu mesej pada sembang kumpulan – sekaligus memastikan semua pengguna dapat mengikuti mesej berkenaan dan tidak terlepas.

Selama ini, hanya satu mesej sahaja dibenarkan untuk dipin, tetapi melalui kemaskini baru, perkara berkenaan berubah. Telegram kini membolehkan lebih daripada satu mesej dipin – dan sebuah halaman khusus turut disediakan untuk anda mengikuti semua mesej penting dalam kumpulan berkenaan.

Disamping itu, kini Telegram turut membolehkan anda menerima notifikasi sekiranya rakan-rakan anda berdekatan dengan anda. Untuk dapat menggunakan ciri ini, anda dan rakan anda mestilah berkongsi lokasi secara masa-nyata – dan notifikasi akan dihantar apabila anda berhampiran. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi pengguna bertemu dengan rakan-rakan mereka disesuatu lokasi.

Kemaskini baru ini telah pun tersedia untuk pengguna Android dan iOS seluruh dunia.



Paling Popular