Apple Dilihat Menghalang Baik-Pulih Kamera, Skrin Dan Bateri iPhone 12 Oleh Pihak Ketiga

Apple Dilihat Menghalang Baik-Pulih Kamera, Skrin Dan Bateri iPhone 12 Oleh Pihak Ketiga

Diterbitkan pada Okt 31, 2020 oleh .

Apple telah pun memperkenalkan iPhone 12 yang terbaru, yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya. Selain penawaran telefon pintar berkenaan, semestinya ramai yang ingin mengetahui juga berkenaan betapa mudahnya untuk baik-pulih telefon berkenaan sekiranya mengalami kerosakkan.

Melalui ujian iFixit, ia dilihat iPhone 12 mudah untuk dibaik-pulih. Namun, Apple melalui siri iPhone 12 didapati meletakkan beberapa had tambahan – membuatkan komponen yang digunakan oleh pihak ketiga untuk baik-pulih tidak dapat digunakan dengan baik sepenuhnya.

Ini termasuk sekiranya pengguna menggantikan skrin, bateri dan juga kamera pada iPhone 12. Selepas digantikan oleh pihak ketiga, komponen berkenaan pada iPhone 12 dilihat tidak dapat berfungsi sepenuhnya seperti dalam keadaan asal.

Ini termasuk untuk melihat peratusan kesihatan bateri pada peranti, menikmati ciri True Tone pada skrin dengan lancar, mahupun menggunakan kamera dengan lancar. Ujian awal juga dapati pengguna tidak boleh menetapkan ciri Face ID sekiranya mengubah kamera hadapan.

Perkara ini didapati hanya dihadapi apabila komponen digantikan oleh pihak ketiga sahaja. Sekiranya baik-pulih dilakukan pihak Apple atau yang dilantik rasmi oleh Apple, maka mereka dilihat akan perlu menjalankan “System Configuration” berasaskan awan selepas membaik-pulihj kamera dan skrin untuk memastikan iPhone berjalan dengan lancar.



Paling Popular