Huawei Dikatakan Sedia Mencapai Pengecasan Pantas 200W

Huawei Dikatakan Sedia Mencapai Pengecasan Pantas 200W

Diterbitkan pada Okt 31, 2020 oleh .

Huawei pada hari ini sedia menawarkan pengecasan pantas 66W bersama-sama telefon pintar mereka. Apa pun, dimakmal ujian Huawei, mereka sedia mempunyai teknologi pengecasan yang lebih pantas lagi.

Menurut Richard Yu ketika pelancaran Huawei Mate 40 di China, Huawei sedia mencapai kelajuan pengecasan pantas mencecah 120W, malah 200W.

Apa pun, Huawei mengatakan pengecas 66W pada hari ini sedia memadai untuk telefon pintar. Pengecasan pantas mencapai 200W adalah lebih sesuai untuk bateri berkapasiti benar-benar besar, dan mungkin sedikit keterlaluan untuk telefon pintar.

Pada masa yang sama, pengecasan yang terlalu pantas juga mungkin tidak begitu stabil untuk telefon pintar buat masa ini.

Selain Huawei, beberapa pihak lain turut membangunkan teknologi pengecasan pantas. Seperti semua sedia maklum, untuk menjayakan pengecasan pantas, beberapa perkara perlu diambil-kira, termasuk kestabilan ketika pengecasan, mengelak peranti menjadi terlalu pantas, dan beberapa kriteria lain.



Paling Popular