Ejen Ali Kini Boleh Ditonton Melalui Netflix

Ejen Ali Kini Boleh Ditonton Melalui Netflix

Diterbitkan pada Nov 1, 2020 oleh .

Seperti dijanjikan, kini salah satu filem animasi tempatan popular, Ejen Ali sudah boleh ditonton melalui Netflix.

Filem Ejen Ali ini telah ditayangkan dipawagam pada Disember 2019 yang lepas, dan ketika tayangannya, ia berjaya merangkul sebanyak RM13 juta dalamm masa hanya satu minggu sahaja.

Filem animasi yang diterbitkan oleh Wau Animation ini menceritakan watak Ali yang berasa dipinggirkan oleh MATA selepas gajet kacamata IRIS Neo baharu dihasilkan. Ia turut mengisahkan mengenai misi untuk menghentikan plot tidak baik terhadap bandar Cyberaya.

Melalui ulasan Aksiz sebelum ini, filem animasi tempatan ini menerima skor sebanyak 10/10.

Bagi anda yang berminat, boleh menonton filem animasi ini melalui Netflix bermula hari ini.

Tonton : Ejen Ali di Netflix



Paling Popular