Hanya minggu lalu kami menerbitkan video mengenai perang penstirman yang akan menjadi semakin hangat pada tahun 2021. Satu kekurangan yang ketara ialah kesemua perkhidmatan penstriman nyata tidak mempunyai koleksi filem tempatan klasik dan seakan dianaktirikan. Hujung minggu lalu, SIAR telah dilancarkan sebagai platform penstriman filem tempatan klasik.

SIAR akan menawarkan filem tempatan dar dekad 70an sehinggalah sekarang. Ia boleh dilanggan pada harga RM10 sebulan atau RM100 untuk setahun. Pada waktu ini SIAR menawarkan 22 filem klasik sahaja seperti Menanti Hari Esok dan Tiada Esok Bagimu. Menjelang November 2020, sebanyak 100 filem akan ditawarkan kepada pelanggan. Senarai 22 filem pertama yang boleh distrim ialah.
- Abang
- Abang 92
- Adik
- Azura
- Bukit kepong
- Da Di Du
- Esok Masih Ada
- Ghazal Untuk Rabiah
- Jogho
- Kami
- Kembar Siam
- Menanti Hari Esok
- Perempuan Isteri Dan …
- Sembilu
- Sembilu 2
- Seri Dewi Malam
- Sikit Punya Gila
- Suara Kekasih
- Tiada Esok Bagimu
- Tuan Badol
- XX Ray
- XX Ray II
Ini ialah usaha sulung untuk menawarkan kesemua filem karyawan tempatan yang boleh dikategorikan sebagai sukar untuk dibeli dalam bentuk fizikal atau jarang sekali dapat ditonton di kaca TV.