Kuasa Pengecasan Xiaomi Mi 10 Ultra Hanya 80W, Bukannya 120W

Kuasa Pengecasan Xiaomi Mi 10 Ultra Hanya 80W, Bukannya 120W

Diterbitkan pada Nov 2, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 10 Ultra adalah peranti mercu terhebat Xiaomi. Ia palung berkuasa, paling pantas dan antara peranti dengan kamera terbaik DXOMark. Peranti ini turut mempunyai “120 Segalanya” dengan skrin 120Hz, 120W kuasa pengecasan pantas dan 120x zum.

Ini juga merupakan peranti pertama dunia yang dijual secara komersil dengan kuasa pengecasan 120W. Xiaomi menggunakan sistem pengecasan yang dihasilkan bersama-sama dengan Qualcomm Quick Charge melalui teknologi QC5. Dalam ujian yang dilakukan oleh Android Authority, sayang sekali peranti ini tidak dapat dicas pada kadar 120W walaupun dengan pengecas asli. Kuasa yang dapat digunakan hanyalah sekitar 80W sahaja.

Penegcas Xiaomi ini turut menggunakan teknologi GaN. Tetapi dari sumber kuasa ia hanya menarik kuasa 92.3W, ia tiba ke pengecas hanya 86.4W yang diterima dan akhir sekali pada peranti hanya 80.1W sahaja kuasa pengecasan. Dari sini, ia membazir sebanyak 6.3W kuasa. Jika dibandingkan dengan pengecas Huawei 40W, Poco 27W, Samsung 25W dan juga Google 18W – masing-masing membazir kuasa 5.5W (19.2%), 5.6W (17.7%), 3.6W (15.1%) dan 2.8W (16.4%). Walaupun Xiaomi yang paling tinggi iaitu 6.3W, peratusannya hanyalah 7.3% sahaja. Ini bermakna pengecas Xiaomi masih yang paling efisien.

Disebabkan peranti Mi 10 Ultra menggunakan sistem bateri dwi-sel 2,250mAh + 4,500mAh, ia masih mampu menyokong kuasa pengecasan 80W dalam masa 21 minit sahaja 0% – 100%. Kemudian dalam masa 3 minit, 25% sudah dicas. Dengan kuasa pengecasan 50W pula hanya 29 minit untuk penuh dan 5 minit sudah mencapai 25%. Ini bermakna kuasa pengecasan 60W dan 120W seakan tiada beza jika tidak mengujinya dan 120W yang Xiaomi promosikan hanyalah gimik.

Untuk suhu, pengecas ini mencapai 43.8 darjah yang mana suhu normal yang selamat adalah 40 darjah. Tetapi selepas 70% suhu mula menurun. Kemudian kuasa pengecasan 50W menerima suhu 39.1 darjah yang mana adalah lebih sejuk dan suhu yang baik. Untuk keselamatan, hanya gunakan pengecas 120W jika ingin mengecas peranti dalam masa singkat adalah yang terbaik. Jika ingin mengecas sehingga penuh gunakan pengecas 50W untuk keselamatan dan kesihatan bateri.

Secara tidak langsung, ini memberitahu yang kuasa maksima pengecas dan peranti Mi 10 Ultra mampu mengecas sehingga 120W. Tetapi pengecasan optimum untuk yang lebih efisien dan keselamatan adalah 80W. Ini pun sudah pantas dan baik. Ini bermakna jika Xiaomi pasarkan pengecas 80W, kuasanya akan menjadi lebih perlahan dan tidak menerima sepantas 80W.



Paling Popular