Kamera Utama Google Pixel 5 Rangkul 120 Mata Dalam DxoMark

Kamera Utama Google Pixel 5 Rangkul 120 Mata Dalam DxoMark

Diterbitkan pada Nov 2, 2020 oleh .

Carta DxoMark dilihat menerima kemas kini baharu untuk kamera utama Google Pixel 5. Ia dilihat berjaya merangkul markah keseluruhan sebanyak 120 mata – dengan pecahan 129 mata untuk kemampuan fotografi, 49 mata untuk kemampuan zum dan 107 mata pula untuk kemampuan video.

Melaluinya, kita dapat lihat Google Pixel 5 menduduki tangga ke-15 dalam DxoMark. Kutipan markah ini telah meletakkan peranti pintar ini setanding dengan keupayaan kamera utama pada Xiaomi Redmi K30 Pro Zoom Edition dan berada setapak di belakang Huawei Mate 30 Pro.

Pujian diberikan kepada fungsi autofokus yang pantas, penghasilan gambar dengan warna yang terang serta jelas, sistem imbangan putih yang konsisten dan penstabilan video yang baik. Kritikan pula diberikan kepada masalah hingar yang ketara hampir dalam semua keadaan (foto dan video), penghasilan gambar potrait kurang memuaskan dan perincian yang rendah untuk gambar zum.



Paling Popular