Xiaomi Melancarkan Pengecas USB-C 20W – Boleh Digunakan Untuk iPhone 12

Xiaomi Melancarkan Pengecas USB-C 20W – Boleh Digunakan Untuk iPhone 12

Diterbitkan pada Nov 2, 2020 oleh .

Bagi yang tidak tahu, Xiaomi sudha bertahun lamanya hadir dengan aksesori khusus untuk produk Apple dengan pengiktirafan MFI. Dari pengecas, kabel atau juga power bank. Terkini, Xiaomi telah hadir dengan pengecas 20W pula. Pengecas ini bukannya khusus untuk iPhone sahaja, tetapi mana-mana peranti dengan sokongan Power Delivery yang asas.

Seperti biasa, pengecas ini mirip dengan produk ZMI yang mana adalah salah satu syarikat yang bekerjasama dengan Xiaomi. Pengecas 20W ini adalah pengecas ringkas, kompak dan turut mempunyai cip untuk memastikan tiada kuasa berlebihan mengalir ketika mengecas peranti. Pengecas ini turut boleh menyokong iPhone 12, Samsung S10, iPad Pro dan Nintendo Switch (kuasa yang lebih perlahan)/

Dengan ketiadaan pengecas dalam iPhone SE, iPhone 11 dan terkini iPhone 12 – pengecas Xiaomi ini adalah alternatif terbaik. Harga jualan pun hanya 39 Yuan, iaitu sekitar RM24 berbanding dengan pengecas 20W Apple yang dijual pada harga RM99.



Paling Popular