Apple Diarah Membayar VirnetX Sebanyak RM2.0 Bilion Untuk Paten Penggunaan VPN

Apple Diarah Membayar VirnetX Sebanyak RM2.0 Bilion Untuk Paten Penggunaan VPN

Diterbitkan pada Nov 2, 2020 oleh .

Apple dan VirnetX, sebuah syarikat perisian sekuriti internet telah bertarung didalam mahkamah selama 10 tahun, dan kini, mahkamah Amerika Syarikat telah mengarahkan Apple untuk membayar syarikat tersebut sebanyak $502 juta (~RM2.0 bilion) untuk penggunaan paten-paten syarikat tersebut.

Kes ini berbalik kepada 10 tahun lepas, apabila VirnetX menyaman Apple kerana teknologi VPN (Virtual Private Network), iMessage dan juga FaceTime yang digunakan Apple telahpun dipatenkan oleh syarikat tersebut.

Ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana keputusan ini telahpun dibuat dua tahun yang lalu, dimana Apple telahpun diberi arahan untuk membayar VirnetX jumlah yang sama kerana melanggar empat paten syarikat tersebut.

Apple dilaporkan akan membantah keputusan ini sekali lagi, atas alasan bahawa paten-paten yang dilanggar tidak ada kaitan dengan cara ciri-ciri peranti Apple tersebut berfungsi.



Paling Popular