DahMakan Dijenamakan Semula Menjadi PopMeals – Ingin Menjadi Pusat Sehenti Untuk Makanan

Diterbitkan pada Nov 2, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DahMakan merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran makanan yang popular, dimana pada awalnya, mereka memulakan perkhidmatan dengan memfokuskan kepada makanan gaya hidup sihat.

Terbaru, perkhidmatan berkenaan dilihat telah dijenamakan semula, dan kini dipanggil sebagai PopMeals.

Melalui PopMeals, mereka mengatakan ingin menjadi pusat sehenti untuk makanan, membolehkan pengguna untuk mendapatkan makanan popular pada harga yang “popular”.

PopMeals ini meliputi bandar Kuala Lumpur dan Bangkok sahaja buat masa ini. bagi anda yang menggunakan aplikasi DahMakan, aplikasi anda akan dikemaskini ke PopMeals, sementara laman web dahMakan kini membawa anda terus ke laman PopMeals.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami