Furnist Membolehkan Anda Sewa Perabot Pada Harga Langganan Bulanan

Diterbitkan pada Nov 2, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, konsep langganan secara atas-talian semakin popular, dan tidak ketinggalan adalah konsep langganan perabot. Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini kita pernah melihat penawaran konsep sewa beli perabot, dan kini hadirnya Furnist yang memfokuskan kepada hanya penyewaan perabot sahaja.

Furnist menawarkan pelan langganan perabot pada harga bulanan – membolehkan anda melanggannya pada pakej ahli (dengan langganan sekurangnya 3 bulan), atau pakej ahli (dengan langganan sekurangnya 12 bulan).

Dari segi penawaran perabot, ia dilihat Furnist menyediakan sejumlah pilihan, termasuk kebanyakkannya daripada penawaran perabot IKEA. Furnist turut menyediakan pilihan pemasangan dan penghantaran ke rumah.

Dengan langganan ini, ia membolehkan anda bertukar-tukar perabot mengikut kegemaran anda setiap tahun, atau selang beberapa bulan. Namun, hendaklah ambil maklum yang mana ia bukan konsep sewa beli, tetapi sewa sahaja.

Layari : Furnist

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami