Cari @ Amanz

Logitech ialah sebuah syarikat pembuat aksesori gaming yang cukup terkenal, manakala RIOT Games cukup terkenal untuk permainan MOBA mereka, League of Legends.

Kedua-dua syarikat ini baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dimana Logitech G, jenama gaming dibawah Logitech akan mula memperkenalkan siri aksesori gaming dengan penjenamaan dan rekaan berasaskan League of Legends juga.

Koleksi pertama dibawah kerjasama ini ialah siri aksesori berdasarkan kumpulan artis League of Legends, iaitu K/DA. Dibawah siri ini, Logitech G akan memperkenalkan beberapa aksesori termasuklah fon kepala Logitech G733, fon telinga Logitech G333, tetikus Logitech G304 dan G305 dan pad tetikus Logitech G840XL dimana semuanya akan hadir dengan rekaan yang mengambil inspirasi daripada watak-watak K/DA.

Buat masa ini, kesemua aksesori-aksesori ini akan tiba di laman web LogitechG di China terlebih dahulu. Untuk pasaran-pasaran lain, termasuk Malaysia, ia dijangka akan tiba pada awal tahun 2021 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd