Cari @ Amanz

Hari ini secara rasmi Baby Shark Dance menjadi video dengan jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah YouTube. Ketika artikel ini ditulis, video Baby Shark Dance mencatatkan lebih 7,039,482,768 tontonan. Ia memintas pemegang rekod sebelum ini iaitu Despacito oleh Luis Fonsi yang hanya mempunyai 7,037,801,622 tontonan.

Baby Shark Dance mencatatkan angka tontonan yang tinggi ini dalam masa tiga tahun selepas di muat naik. Fenomena Baby Shark membuatkan PinkFong! syarikat yang berasal dari Korea Selatan menghasilkan pelbagai produk seperti mainan dan pakaian untuk dijual kepada orang ramai.

Jadi jika selama ini ramai mengatakan BTS dan BlackPink ialah lagu paling popular dari Korea Selatan, tetapi nampaknya semua ini salah kerana takhta kini dipegang oleh Baby Shark oleh PinkFong!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd