Cari @ Amanz

Apple hari ini telah menghantar jemputan untuk sebuah acara baru yang dijadualkan berlaku pada 11 November kelak (waktu Malaysia).

Apple melalui jemputan mereka, menyertakan slogan “One More Thing” atau bermaksud “satu lagi perkara”.

Mengikut spekulasi awal, Apple dijangka memperkenalkan komputer riba menggunakan cip pemprosesan mereka tersendiri pada tarikh berkenaan. Disamping itu, ia turut diperkatakan Apple mungkin memperkenalkan aksesori dinamakan AirTags pada acara sama.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan pihak Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd