Huawei Nova 8 SE Bakal Diumumkan Pada 5 November 2020

Huawei Nova 8 SE Bakal Diumumkan Pada 5 November 2020

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Selepas tertiris di arena web sejak beberapa minggu yang lalu, Huawei hari ini berkongsi lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk Huawei Nova 8 SE. Peranti pintar ini bakal diperkenalkan secara rasmi pada 5 November ini.

Menerusi entri yang sama, turut dapat dilihat rekaan pada panel belakangnya hadir dengan modul kamera berbentuk segi empat bersama sokongan kuad-kamera utama. Tiada sebarang sokongan pengimbas cap jari fizikal yang kelihatan. Sekaligus, memberi gambaran ia bakal hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada paparan. Sisi kanan pula dilihat terdapatnya dua butang yang mungkin berfungsi sebagai butang kuasa dan laras suara.

Tiada spesifikasi lain yang dikongsi, namun peranti pintar ini dipercayai hadir dengan skrin bersaiz 6.53-inci, sokongan pengecasan pantas 66W dan kamera utama sebesar 64-Megapixel. Untuk ketahui lebih lanjut, nantikan pelancaran rasmi kelak.



Paling Popular