IDC – Apple Merajai Pasaran Tablet Pada Suku Ketiga 2020 Tetapi Mula Dikejar Samsung

IDC – Apple Merajai Pasaran Tablet Pada Suku Ketiga 2020 Tetapi Mula Dikejar Samsung

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Pada awal tahun ini, permintaan untuk tablet meningkat kerana keperluan pembelajaran atas talian di rumah. Pengeluaran tablet yang terjejas menyebabkan sukar untuk mencari tablet. IDC telah mengeluarkan angka pengeluaran tablet pada suku ketiga 2020 dan tidak mengejutkan Apple iPad masih teguh di persada.

Apple kini memegang 29.2% pasaran diikuti oleh Samsung (19.8%), Amazon (11.4%), Huawei (10.2%) dan Lenovo (8.6%). Yang lebih menarik ialah melihat empat dari lima pengeluar terbesar ini menunjukkan peningkatan pengeluaran yang mendadak berbanding suku yang sama tahun lalu. Amazon satu-satunya hanya menujukkan penyusutan -1.2%.

Samsung misalnya meningkat 89.2% diikuti oleh Lenovo (62.4%), Huawei (32.9%) dan Apple (17.4%). Peningkatan ini mungkin tidak akan berkekalan lama kerana tidak seperti telefon pintar, pemilik tablet jarang membeli peranti baru.



Paling Popular