Cari @ Amanz

Realme hari ini secara rasminya memperkenalkan siri Realme Narzo 20 untuk pasaran tempatan. Dua buah model model telah diperkenalkan yang terdiri dengan Realme Narzo 20 dan Realme Narzo 20 Pro. Bagi yang berminat, Realme Narzo 20 dijual pada harga RM699 (4GB + 64GB). Manakala, Realme Narzo 20 Pro pula berharga RM1,199 (8GB+128GB) untuk seunit.

Jualan pertama akan bermula pada 11 November ini menerusi platform Lazada. Anda boleh memiliki kedua-dua peranti ini dengan harga promosi lebih rendah – di mana Realme Narzo 20 berharga RM549, manakala Realme Narzo 20 Pro pula berharga RM899 untuk setiap pembelian yang dibuat pada hari tersebut. Promosi terhad sehari sahaja.

Untuk spesifikasi, Realme Narzo 20 hadir dengan paparan bersaiz 6.5-inci LCD dengan resolusi HD+. Melengkapi peranti adalah pemproses MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-Lebar) + 2-Megapixel (Makro). Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Untuk Realme Narzo 20 Pro pula. Ukuran skrin masih sama iaitu 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula tinggi 90Hz. Turut melengkapi peranti adalah cip pemproses MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Sudut-Lebar) + 2-Megapixel (B&W) + 2-Megapixel (Makro). Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd