Spesifikasi Dan Imej Pengolokan Vivo S7e 5G Tertiris – Dijana MediaTek Dimensity 720

Spesifikasi Dan Imej Pengolokan Vivo S7e 5G Tertiris – Dijana MediaTek Dimensity 720

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Beberapa hari lepas, sebuah peranti misteri Vivo telah tersenarai di laman TENAA. Spekulasi mengatakan ia adalah peranti Vivo X60 kekal, tetapi nampaknya tidak. Ini kerana baru-baru ini, sebuah peranti Vivo baharu telah tertiris imej pengolokannya dan juga beberapa spesifikasi. Peranti ini jelas sekali sama dengan yang tersenarai di TENAA, iaitu Vivo S7e 5G.

Peranti ini dilihat menggunakan skrin 6.44-inci takuk kecil, FHD+ dan panel AMOLED. Ia akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 720 yang merupakan sebuah peranti 5G mampu milik. Kamera swafoto pula adalah 32MP dan kamera utama menggunakan sistem tri-kamera dari lensa 64 + 8 + 2 Megapixel. Ini merupakan sebuah lagi peranti kelas pertengahan Vivo mampu milik dan ia masih menjalankan sistem operasi Android 10.

Buat masa ini tiada butiran lain lagi, seperti tarikh pelancaran, harga jualan atau juga akan dipasarkan atau tidak di pasaran global. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



Paling Popular