Huawei Mate 40 Pro Menyokong Rangkaian 5G 200MHz CA – Kelajuan Muat Turun Mencapai Lebih 3Gbps

Huawei Mate 40 Pro Menyokong Rangkaian 5G 200MHz CA – Kelajuan Muat Turun Mencapai Lebih 3Gbps

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Huawei Mate 40 Pro tidak dinafikan adalah peranti dengan spesifikasi yang hebat, menarik lagi berkuasa. Tetapi sayangnya, ia menggunakan sistem operasi Android yang tiada GMS. Menjadikan penggunaan peranti ini amat terhad berbanding dengan peranti Android lain. Peranti ini dijana dengan cip Kirin 9000, yang merupakan cip paling berkuasa dari Huawei. Ia dibina berasaskan rekaan 5nm dan menerima skor tanda aras mencapai 700 ribu.

Peranti ini sudah tentu, turut menyokong rangkaian 5G. Baru-baru ini, peranti ini dikatakan peranti yang dipasarkan secara komersil pertama yang menyokong rangkaian 5G 200MHz CA. Kelajuan muat turun pada peranti ini dengan data mudah alih dilihat mencapai sehingga 3.1Gbps. Ujian ini dikatakan dilakukan dengan pelan telekomunikasi Shanghai Mobile. Shanghai adalah antara lokasi yang mempunyai rangkaian 5G stabil, masa pendam rangkaian yang rendah serta jalur lebar yang lebih luas.

Pada peranti Mate 40 Pro, ia menggunakan jalur lebar 200MHz 2.6G + 4.9G yang merupakan dua kali lebih pantas dari jalur lebar 100MHz.



Paling Popular