Cari @ Amanz

AMD baru-baru ini telah melancarkan siri kad grafik terbaru mereka, iaitu AMD Radeon RX 6000, dan selain daripada kemampuan untuk menggerakkan permainan-permainan komputer pada resolusi 4K dan tetapan yang tinggi, ia juga akhirnya tiba dengan ciri Ray Tracing.

UL, syarikat yang dikenali untuk perisian-perisian penanda-aras seperti PCMark dan 3DMark baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini perisian 3DMark dengan kebolehan menanda-aras prestasi DirectX Ray Tracing.

Jika ujian penanda-aras Port Royal hadir dengan ujian untuk gabungan CPU dan GPU dalam menggerakkan permainan yang menggunakan Ray Tracing, ujian DirectX Ray Tracing ini menguji kemampuan sesebuah kad grafik tersebut itu untuk mengolah sesebuah adegan menggunakan teknik Ray-Tracing sahaja.

Bagi mereka yang ingin memperlihatkan kemampuan Ray Tracing sahaja, ujian penanda-aras ini adalah untuk anda. Jika anda berminat untuk menggunakannya, anda perlu membeli DLC ujian penanda-aras Port Royal untuk 3DMark yang akan menyertakan ujian ini, bersama-sama dengan ujian penanda-aras NVIDIA Deep Learning Super Sampling (DLSS).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd