Dua bulan lepas, peranti permua dari Sony iaitu Xperia Play 2 yang dibatalkan mula muncul di arena web. Ia adalah peranti dengan alat kawalan yang boleh diluncur serta mempunyai kawalan seakan alat kawalan PlayStation. Terkini, peranti yang dikatakan Sony Ericsson VAIO pula muncul.

Bagi yang tidak tahu, Sony telah menjual Vaio bagi memfokuskan kepada penjualan telefon pintar dan tablet. Pada ketika itu, Sony Vaio adalah produk komputer riba. Hanya setahun selepas itu, peranti Vaio yang bukan lagi di bawah Sony dilancarkan. Telefon Sony Vaio pula sepatutnya dilancarkan pada tahun 2010-2011 dibatalkan. Peranti ini dilihat mempunyai konsep yang sama seakan Xperia Play 2, iaitu ia boleh luncur. Tetapi ia bukannya alat kawalan sebaliknya adalah papan kekunci bersaiz penuh.
Ia menjalankan Android 2.1 Eclair, dagu peranti mempunyai butang fizikal ke skrin utama, kembali serta butang menu. Ia turut mempunyai engsel dua arah, satu luncur secara biasa satu lagi luncur dan skrin akan terangkat untuk tujuan produktiviti seakan komputer riba. Pada papan kekunci, ia dikatakan selesa untuk ditaip serta mudah digunakan. Ia turut mempunyai kekunci carian dan fungsi untuk Android.

Di bahagian belakang, satu lensa dengan flash kelihatan. Logo VAIO yang besar serta penggunaan nama Sony Ericsson turut kelihatan. Peranti ini tidak dilancarkan kerana dikatakan terlampau awal di masanya. Apa kata anda? Adakah peranti ini sepatutnya wujud atau bagus ia tidak dilancarkan?