Cari @ Amanz

Google Keep adalah aplikasi mengambil nota dari Google. Ia adalah aplikasi yang ringkas, mudah digunakan serta boleh digunakan secara rentas platform. Tidak kira pada web, iOS, macOS atau Android (yang ada GMS sahaja) – ia boleh diakses dan pengguna boleh terus mencatat nota baharu.

Terkini, aplikasi ini telah menerima kemaskini ikon baharu. Ikon baharu ini masih lagi menggunakan warna kuning dan putih. Bentuk “kertas nota” kini berubah menjadi lebih panjang berbanding sebelum ini lebar. Kemudian ikon lampu mentol dikemaskan dengan rekaan Material Design yang lebih ringkas dan selesa dilihat.

Buat masa ini, ikon ini dilihat hanya digunakan di aplikasi web dan beberapa perkhidmatan web Google lain sahaja. Ia belum lagi diedarkan kepada peranti mudah alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd