Kecerdasan Buatan MIT Mengesan Pesakit Covid-19 Dengan Mendengar Bunyi Batuk

Kecerdasan Buatan MIT Mengesan Pesakit Covid-19 Dengan Mendengar Bunyi Batuk

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Proses mengesan pesakit Covid-19 mengambil masa beberapa hari. Penantian selama 14 hari semasa kuarantin adalah menakutkan kerana anda tidak mengetahui sama ada telah dijangkiti ataupun tidak. Pada waktu yang sama kos mendapatkan ujian calit juga adalah agak tinggi. Di MIT, sebuah kecerdasan buatan telah dibangunkan untuk mengesan pesakit Covid-19 dengan mendengar bunyi batuk.

Rangkaian neural yang dibangunkan dilatih untuk mendengar bunyi batuk yang dihasilkan oleh pesakit Covid-19. Bunyi yang dihasilkan ini sukar dibezakan oleh telinga manusia tetapi boleh dikesan oleh kecerdasan buatan. Dalam ujian yang dilakukan ke atas 2500 individu yang disahkan positif Covid-19, kecerdasan buatan mempunyai ketepatan mengesan 97.1% dan 100% di kalang penghidap asimtomatik.

Penyelidik berharap sekiranya ketepatan dapat dipertingkatkan, ia boleh digunakan untuk mengesan jangkitan apabila dilancarkan sebagai aplikasi telefon pintar. Saringan seterusnya dengan ujian calit yang lebih tepat akan dilakukan di hospital.

Kecerdasan ini telah diubahsuai dari ResNet50 yang dibangunkan untuk mengesan pesakit Alzheimer yang menjalani perubahan pertuturan dan bunyi batuk. Dengan hanya melatihnya untuk mendengar bunyi batuk pesakit Covid-19, ia kini boleh mengesan penyakit yang telah meragut lebih 1.2 juta nyawa dan menjangkiti 46.9 juta individu di perangkat global.



Paling Popular