Xiaomi Mengumpul Dana Untuk Komputer Dari Nigmei Yang Bersaiz Seakan Kiub Rubik

Xiaomi Mengumpul Dana Untuk Komputer Dari Nigmei Yang Bersaiz Seakan Kiub Rubik

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Ningmei adalah syarikat yang menghasilkan komputer mampu milik yang disokong oleh Xiaomi. Produk-produk mereka biasanya perlu dibeli dari laman biayasama Youpin, seperti desktop Ningmei Soul GI6 atau Ningmei CR100. Terkini, mereka hadir dengan sebuah komputer bersaiz kompak yang mudah dibawa ke mana sahaja – Ningmei Rubik’s Cube Mini Computer Host.

Ia adalah sebuah komputer dalam kerangka bersaiz seakan kiub rubik sahaja. Dimensi komputer ini adalah 62mm x 62mm x 42mm dan mempunyai berat 145g sahaja. Port sambungan yang disediakan adalah HDMI, USB-C, 2x USB-A 3.0, slot kad microSD, port bicu audio 3.5mm, menyokong Bluetooth dan WiFi 2.4G/5G. Ia dijana dengan cip pemproses Intel J4125 empat-teras 2.7GHz, GPU Intel UHD600, pilihan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB SSD.

Kiub Rubik ini turut direka dengan pengaliran udara yang baik dan dijual pada harga serendah RMB999 dan boleh mencapai sehingga RMB1,349 iaitu sekitar RM621 sehingga RM838 sahaja. Ningmei turut menawarkan satu variasi edisi khas dengan tema adiwra Marvel Iron Man.



Paling Popular