Malam semalam, Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri MacBook baru sewaktu acara khas pada 11 November kelak.
Bloomberg melaporkan bahawa syarikat teknologi dari Amerika Syarikat tersebut sedang rancak membangunkan tiga siri komputer riba MacBook yang dikuasakan menggunakan Apple Silicon. Ia termasuklah MacBook Pro 13, MacBook Pro 16 dan juga MacBook Air 13 yang baru.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa Foxconn sedang mengilangkan model-model MacBook Air dan MacBook Pro 13, manakala Quanta Computer akan mengilang MacBook Pro 16. Walaupun begitu, ia dikatakan bahawa komputer-komputer riba tersebut tidak akan hadir dengan sebarang pertukaran dari segi rekaan.
Lebih menarik lagi, cip pemprosesan Apple Silicon yang akan digunakan didalam komputer-komputer riba tersebut adalah berdasarkan cip pemprosesan A14 Bionic yang digunakan didalam siri iPhone 12 dan juga iPad Air yang terbaru.

Apple juga dijangka akan menggantikan cip-cip pemposesan Intel yang digunakan dalam komputer mereka yang lain seperti iMac dan Mac Pro dalam masa dua tahun ini.