Carian
Samsung Galaxy Z Fold2 Edisi Khas Aston Martin Dilancarkan Di China
November 3, 2020 Fahim Zahar

Samsung Galaxy Z Fold2 adalah peranti mercu Samsung yang paling premium dan yang paling mahal. Ia adalah peranti dengan skrin boleh lipat, panel skrin dari kaca ultra nipis, serta dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+. Terkini di China, Samsung telah hadir dengan Samsung Galaxy Z Fold2 Edisi Khas Aston Martin.

Peranti ini akan dijual bersempena jualan 11:11 di China dan terhad kepada 777 unit sahaja. Dalam pakej belian ini, ia menyertakan Galaxy Z Fold2 itu sendiri, Galaxy Watch3, kerangka kulit, baju, topi, dan kad dengan nombor unit peranti. Telefon dan jam tangan pintar tadi tiada sebarang keistimewaan langsung dan adalah versi yang sama sahaja. Cuma barangan lain tadi mempunyai logo Aston Martin dan BSEM Asia Sonic Racing.

Harga jualan adalah RMB20,999 sahaja, iaitu sekitar RM13050. Ini adalah berbeza dengan Galaxy Z Fold2 Edisi Thom Browne Edition, yang mana lebih mahal dan istimewa sehinggakan warna peranti juga berbeza. Edisi Aston Martin lebih murah dan seakan membeli telefon dan barangan berjenama sahaja.

Komen