Xiaomi Hadir Dengan Sejumlah Barangan Eksklusif Bertemakan Pikachu

Xiaomi Hadir Dengan Sejumlah Barangan Eksklusif Bertemakan Pikachu

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Xiaomi tidak asing dengan melancarkan semula produk-produk mereka dengan warna baharu atau tema dengan jenama eksklusif. Baru-baru ini, terdapat lima produk yang hadir dengan tema Pikachu.

Yang pertama adalah Mi Power Bank 3 Pikachu Edition. Ia dihasilkan oleh Xiaomi dan Baoke Dream dan adalah Mi Power Bank 3 biasa sahaja dengan penggunaan warna kuning dan muka Pikachu di permukaan produk. Kotak bungkusan juga menggunakan tema yang sama, tetapi wajah Pikachu dilihat sedikit timbul.

Seterusnya adalah Mi Air 2s yang merupakan TWS premium mereka. TWS ini menyokong LHDC, bateri 24 jam dan turut mempunyai sokongan pengecasan nirwayar. Kemudian adalah pencetak gambar mudah alih, Xiaomi Pocket Photo Printer. Pencetak ini boleh mencetak foto bersaiz 3-inci, dicetak menggunakan teknologi nirdakwat ZINK. Produk keempat dan terakhir merupakan bagasi dan beg galas Mi Suitcase 20-inci dan Mi Backpack 10L.

Kesemua produk ini menggunakan tema berwarna kuning dan ada wajah Pikachu. Jika tiada wajah penuh, ia akan hadir dengan mata, hidung, pipi dan mulut watak tersebut.

Harga jualan adalah serendah RMB59 (~RM37) untuk beg galas 10L, RMB99 (~RM62) untuk power bank, manakala untuk pencetak, TWS dan bagasi adalah sama iaitu RMB399 (~RM248).



Paling Popular