Canalys: Pasaran TWS Dan Peranti Boleh Pakai Akan Meningkat Menjelang Tahun 2021

Canalys: Pasaran TWS Dan Peranti Boleh Pakai Akan Meningkat Menjelang Tahun 2021

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Tidak dinafikan yang semakin hari semakin banyak gajet tiba ke pasaran. Tidak kira secara rasmi atau import, pasti akan ada pengguna membelinya. Begitu jugalah gajet dalam kategori aksesori seperti penjejak kesihatan atau jam tangan pintar dengan set fon telinga nirwayar sebenar.

Menurut penganalisa Canalys, sepanjang Covid-19 semakin ramai pengguna menginginkan produk peranti boleh pakai termasuk dengan TWS. Untuk sepanjang tahun 2020, pemasaran produk-produk ini dijangka meningkat sebanyak 32% secara stabil. Kemudian disebabkan banyak masalah kesihatan muncul akibat Covid-19, ramai pengguna membeli produk-produk dari jenama seperti  Xiaomi, Garmin, Fitbit, Huami dan banyak lagi untuk menjaga kesihatan sendiri.

Untuk TWS pula, tahun 2021 akan ada peningkatan pemasaran sehingga 39%. Ini adalah sekitar lebih 350 juta unit TWS dari pelbagai jenama seperti Apple, Samsung, Jlab, QCY dan banyak lagi. Peningkatan sepanjang tahun 2020 pula dikatakan akan mencapai sebanyak 12%.

Kemudian, jenama-jenama telefon pintar dari China turut ingin kembangkan lagi pasaran peranti boleh pakai dan TWS ke luar negara. Jenama-jenama ini dikatakan memainkan peranan sebagai wakil Asia Pasifik untuk menandingi pasaran Amerika Utara menjelang tahun 2024 dan menjadi kedua terbesar.

Walaupun ramai pengguna yang ingin berjimat dari segi perbelanjaan. Masih ada yang ingin membelanjakan terhadap produk-produk seperti ini bagi melengkapkan ekosistem dan memberikan pengalaman penggunaan yang baik. Pihak Canalys turut menyatakan yang setiap jenama perlu berhati-hati dalam mengembangkan strategi pemasaran agar tidak terjejas dengan penularan wabak Covid-19 ini.



Paling Popular