TikTok Memperbaharui Perjanjian Dengan Sony Music Untuk Penggunaan Lagu-Lagu Mereka

TikTok Memperbaharui Perjanjian Dengan Sony Music Untuk Penggunaan Lagu-Lagu Mereka

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Seperti yang sedia maklum, TikTok ialah platform media sosial yang menggunakan video ringkas sebagai cara untuk orang ramai membangunkan kandungan-kandungan menarik menggunakan lagu-lagu arus perdana yang popular.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa TikTok telah memperbaharui perjanjian mereka dengan Sony Music untuk membenarkan orang ramai menggunakan lagu-lagu mereka secara percuma.

Melalui perjanjian ini. TikTok dilaporkan akan meningkatkan pembayaran royalti kepada Sony Music, disamping melanjutkan perjanjian jangka pendek yang ditandatangani sebelum ini bersama-sama dengan Universal Music dan Warner Music juga sebelum ini.

TikTok dan Sony Music juga dijangka akan bekerjasama untuk pelbagai kempen promosi yang bukan sahaja akan mempromosikan penggunaan TikTok kepada orang ramai, tetapi juga untuk kebaikan artis-artis dibawah label muzik tersebut.

Aplikasi TikTok kini mempunyai sejumlah 800 juta pengguna di seluruh dunia menurut laporan Sensor Tower yang terbaru.



Paling Popular