ZTE Blade 20 5G Tertiris Di Arena Web – Dedah Spesifikasi Utama Peranti
ZTE

ZTE Blade 20 5G Tertiris Di Arena Web – Dedah Spesifikasi Utama Peranti

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Sebuah lagi peranti daripada ZTE kini tertiris di arena web. Laporan memetik beberapa sumber, peranti dengan nombor model ZTE 8012N yang juga dikenali sebagai ZTE Blade 20 5G, kini didapati telah tersenarai di laman web China Telecom. Penyenaraian dilihat tidak hanya memperlihatkan nama peranti semata, sebaliknya turut berkongsi sejumlah spesifikasi utama padanya.

Peranti pintar ini dipercayai mempunyai paparan 6.52-inci, pemproses MediaTek Dimensity 720 ( berdasarkan kod MT6853 ), memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut dapat dilihat, imej peranti juga telah dikongsi – memperlihatkan sistem tri-kamera dengan lensa utama 16-Megapixel. Selain hadir dengan paparan hadapan bertakuk kecil untuk kamera swafoto 8-Megapixel. Harga jualannya juga dikatakan turut tertiris pada hantaran yang sama – berharga sekitar CNY1,699 (~RM1,055).



Paling Popular