Kini Anda Boleh Padam Fail Media Di WhatsApp Dengan Lebih Mudah

Kini Anda Boleh Padam Fail Media Di WhatsApp Dengan Lebih Mudah

Diterbitkan pada Nov 3, 2020 oleh .

Jika anda seperti saya, dan menyesal menyimpan semua fail-fail yang dihantar melalui WhatsApp, aplikasi permesejan tersebut baru sahaja memperkenalkan ciri dimana anda boleh membuang fail-fail tersebut terus melalui aplikasi itu.

Untuk mengakses ciri ini, pastikan aplikasi WhatsApp anda untuk Android dan iOS telah dikemaskini kepada versi terbaru, dan anda boleh mengaksesnya melalui menu tetapan storan.

Ciri ini akan membenarkan anda menyusun fail-fail berdasarkan saiz storan, dan jumlah kali fail tersebut dimajukan, memudahkan anda untuk membuang fail media yang dikategorikan sebagai spam.

Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu ke menu tetapan, masuk kedalam menu storan dan data, dan ciri ini akan tiba dibawah tetapan Urus Storan.

Sistem pengemasan fail baru ini telahpun mula dikeluarkan untuk semua pengguna WhatsApp di seluruh dunia. Anda boleh mula mengemaskini aplikasi anda untuk menggunakannya sekarang atau tidak lama lagi.



Paling Popular