Cari @ Amanz

iMedia merupakan salah satu syarikat yang kini giat membeli beberapa media tempatan. Selepas mengambil-alih OhMedia sebelum ini, kini iMedia turut telah mengambil-alih pegangan sebanyak 90% pada portal Beautifulnara.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Untuk makluman, BeautifulNara merupakan salah satu portal memfokuskan arena hiburan yang popular di Malaysia. Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus memperlihatkan iMedia mencapai sekitar 13 juta rakyat Malaysia melalui rangkaian penerbitan digital mereka.

Bersama-sama pengambil-alihan ini, penerbitan lain dibawah Beautifulnara turut akan menyertai iMedia, termasuk AmazingNara dan juga KimchiDaily.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd