Realme Watch adalah “jam tangan pintar” pertama dari Realme. Ia adalahnsalah satu peranti boleh pakai dan juga ekosistem peranti berhubung Realme. Realme Watch lebih kepada penjejak kesihatan seakan Realme Band, tetapi dalam bentuk jam. Terkini, Realme telah melancarkan Realme Watch S pula. Ia adalah versi murah Realme Watch dengan skrin berbentuk bulat.
Skrin adalah 1.3-inci dengan resolusi 360 x 360, hadir dengan sensor fotosensitif untuk kawalan kecerahan skrin mengikut keadaan cahaya. Ia turut dilindungi dengan kaca Gorilla Glass. Ia turut hadir dengan 100 pilihan muka jam, tetapi akan diedarkan secara berperingkat. Tali jam adalah Liquid Silicone, dengan pilihan warna hitam, hijau, jingga atau biru. Mengikuti trend terkini, Realme Watch S turut mempunyai sensor pemantauan oksigen dalam darah disamping pengimbas nadi.
16 mod sukan disediakan, mempunyai fungsi pemantauan tidur, menolak panggilan telefon, pemberitahuan notifikasi, kawalan muzik, kamera, perlindungan IP68, serta bateri 390mAh yang boleh bertahan selama 15 hari. Menurut Realme, walaupun ada perlindungan IP68 ia tidak boleh dibawa berenang.
Realme Watch S dilancarkan di Pakistan dengan tanda harga PKR14,999 iaitu sekitar RM390. Buat masa ini masih tiada informasi sama ada ia akan dijual ke negara-negara lain termasuk Malaysia.