Oppo Mula Mengedarkan Kemaskini ColorOS 11 Kepada OppO Find X2 Dan X2 Pro

Oppo Mula Mengedarkan Kemaskini ColorOS 11 Kepada OppO Find X2 Dan X2 Pro

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

ColorOS 11 adalah sistem operasi terkini daripada Oppo yang dibina berasaskan Android 11. Oppo melangkau ColorOS 8, 9 dan 10 agar versi ColorOS sama dengan versi Android. ColorOS 11 hadir dengan banyak ciri dan fungsi menarik, selain cuba mendekati dengan Android asli.

Ujian beta bagi peranti ini telah pun dijalankan dan kami juga telah menguji Oppo Find X2 dengan sistem operasi terbaru ini, ia sememangnya menarik. Terkini, Oppo telah mula mengedarkan kemaskini ini kepada pengguna Oppo Find X2 dan Oppo Find X2 Pro. Kemaskini yang diedarkan ini adalah versi stabil. Pengguna beta mungkin akan menerima kemaskini ini lebih awal, manakala pengguna biasa perlu nantikan sahaja dalam masa yang terdekat.

Versi kemaskini adalah seperti berikut;

  • OPPO Find X2 – CPH2023_11_C.05
  • OPPO Find X2 Pro – CPH2025_11_C.05


Paling Popular