iPhone 12 Mini Hanya Mengecas Pada Kelajuan 12W Menggunakan MagSafe – Lebih Perlahan Berbanding Model iPhone 12 Lain

iPhone 12 Mini Hanya Mengecas Pada Kelajuan 12W Menggunakan MagSafe – Lebih Perlahan Berbanding Model iPhone 12 Lain

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Apple hari ini telah menerbitkan dokumen sokongan berkaitan MagSafe, mengatakan pengecasan nirwayar berkenaan hanya mengehadkan pengecasan pada kelajuan sehingga 12W untuk model iPhone 12 Mini.

Ini adalah sedikit perlahan berbanding model iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max melalui penggunaan aksesori MagSafe.

Apa pun, sekiranya dibandingkan dengan pengecasan nirwayar biasa yang menawarkan kelajuan 7.5W, boleh dikatakan MagSafe masih menawarkan kelajuan lebih tinggi untuk iPhone 12 Mini ini.



Paling Popular