Google: Isu Kualiti Binaan Tidak Kemas Pada Pixel 5 Adalah Sebahagian Daripada Rekaan

Google: Isu Kualiti Binaan Tidak Kemas Pada Pixel 5 Adalah Sebahagian Daripada Rekaan

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Bulan lepas, pengguna-pengguna Pixel 5 melaporkan mereka menerima peranti dengan kualiti binaan yang tidak kemas. Skrin peranti dilihat mempunyai sela dengan kerangka peranti. Ini menimbulkan isu bagaimana dengan perlindungan IP68 untuk mengelak habuk dan air?

Terkini, wakil Google telah memberikan kenyataan yang sela di antara skrin dan kerangka peranti itu memang sebahagian dari rekaan peranti. Tambahan beliau lagi selepas semak dengan data kualiti binaan dari kilang, beberapa variasi Pixel 5 memang akan hadir dengan sela ini dan pengguna tidak perlu risau kerana IP68 masih akan melindungi peranti. Terdapat dua lapisan perlindungan sebelum air atau habuk menembusi dalaman peranti.

Walaupun tiada laporan yang menyatakan pengguna yang mengalami masalah ini peranti mereka tidak boleh digunakan ataupun rosak. Ia hanya menimbulkan perasaan tidak sedap hati kerana peranti yang dibeli pada harga yang mahal tetapi kelihatan cacat.



Paling Popular