Pengecasan Nirwayar Berbalik Pixel 5 “Battery Share” Aktif Secara Automatik Apabila Peranti Sedang Dicas

Pengecasan Nirwayar Berbalik Pixel 5 “Battery Share” Aktif Secara Automatik Apabila Peranti Sedang Dicas

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Pixel 5 adalah peranti mercu daripada Google. Tetapi, nama sahaja peranti mercu kerana dalaman peranti adalah peranti kelas pertengahan. Walaupun begitu, Google masih cuba sedaya upaya memuatkan pelbagai fungsi peranti mercu. Salah satunya adalah sokongan pengecasan nirwayar.

Seperti kebanyakan peranti pesaing, jika sudah ada pengecasan nirwayar – fungsi pengecasan nirwayar berbalik harus disertakan. Google hadir dengan Battery Share untuk fungsi tersebut. Menariknya, ia adalah lebih pintar dari yang disangkakan. Battery Share akan aktif secara automatik jika peranti sedang dicas. Jika tiada peranti lain dikesan menggunakan Battery Share dalam tempoh singkat, ia akan dimatikan secara automatik. Manakala, jika peranti tidak dicas – Battery Share wajib diaktifkan secara manual.

Ini adalah fungsi yang baik dan pada hemat kami, lebih baik dari Samsung Wireless PowerShare. Apa kata anda?



Paling Popular