Cari @ Amanz

Kita semakin hampir ke penghujung tahun 2020. Turut dapat dilihat, para pengeluar peranti pintar kini semakin aktif memperkenalkan model terkini mereka sebelum tahun ini melabuhkan tirainya. Vivo juga dilihat tidak ketinggalan hadir dengan penawaran model terkini menerusi Vivo S7e.

Spesifikasinya baru sahaja tertiris tempoh hari. Perkembangan terkini mendapati peranti pintar ini telah tersenarai di laman rasmi Vivo China dan proses pra-tempahan juga telah dibuka. Vivo S7e dilihat mempunyai paparan 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1800 piksel). Ia juga menggunakan pemproses MediTek Dimensity 720, selain dibantu memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Melengkapinya adalah perisian sistem operasi Android 10 bersama antaramuka Funtouch OS 10.5, bateri berkapasiti 4,100mAh + pengecasan pantas 33W, kuad-kamera utama dengan konfigurasi 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut-lebar) + 2-Megapixel dan lensa hadapan tunggal sebesar 32-Megapixel. Buat masa ini, harganya masih belum diumumkan tetapi kelak ianya hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Blue, Mirror Black dan Silver Moon.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd