Cari @ Amanz

Sebelum ini ramai menjangka Huawei menggunakan cip memori keluaran Samsung kerana mereka akan pengeluar memori mudah alih dengan penganan pasaran yang dominan. Tetapi nampaknya pada Mate 40 Pro dan Mate 40 RS, Huawei menggunakan cip keluaran sendiri menerusi HiSilicon yang lebih pantas berbanding UFS 3.1 yang digunakan pada peranti mercu tahun ini.

Storan SFS 1.0 yang digunakan pada kedua-dua peranti mempunyai kelajuan membaca 2017.04 MB/s dan menulis pula pada kelajuan 1177.79MB/s. Ini ialah markah ujian yang kami lakukan sendiri menggunakan AndroBench. Sementara itu Samsung Galaxy S20 FE yang menggunakan storan UFS 3.1 mencatatkan kelajuan membaca 1648.31 MB/s dan mencatatkan kelajuan menulis 737.72 MB/s.

Mungkin ini ialah sebab mengapa Huawei yakin siri Mate 40 dijamin tidak akan mengalami masalah menjadi perlahan sehingga tiga tahun selepas mula digunakan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd