KPT Bersama Acer, Apple Dan Samsung Menawarkan Diskaun Pembelian Komputer Riba Dan Peranti Untuk Pelajar

KPT Bersama Acer, Apple Dan Samsung Menawarkan Diskaun Pembelian Komputer Riba Dan Peranti Untuk Pelajar

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan Pakej Pelan Data dan Peranti untuk para pelajar institusi pengajian tinggi yang memerlukan peranti dan pelan data yang mampu milik untuk meneruskan pelajaran mereka di menara gading.

Tiga jenama yang menyahut panggilan kementerian tersebut adalah Acer, Apple dan Samsung, dimana mereka menawarkan peranti-peranti komputer riba, tablet dan peranti pintar pada harga mesra pelajar.

Acer

Acer Malaysia hadir dengan tiga siri peranti Acer Aspire untuk para pelajar, termasuklah Acer Aspire 3, Acer Aspire 5 dan Acer Aspire C. Bergantung kepada pilihan anda, ia dikuasakan oleh CPU AMD Athlon, AMD Ryzen dan Intel Core i3.

Untuk mengakses promosi ini, anda hanya perlu ke kedai atas-talian Acer Malaysia, dan pilihan-pilihan untuk komputer-komputer riba tersebut akan tiba untuk anda. Dengan memasukkan kod-kod yang tertera, anda akan menerima diskaun yang menjadikannya lebih murah.

Apple

Apple sebelum ini sudahpun hadir dengan hadir dengan tanda harga lebih rendah untuk pembelian oleh para pelajar. Ini termasuklah peranti-peranti MacBook, Mac dan juga iPad.

Selain daripada peranti, Apple juga hadir dengan berkas perkhidmatan yang lebih rendah harga langganannya untuk para pelajar, seperti Pro Apps For Education dan Apple Music dan TV+ For Education.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan-pelan peranti Apple untuk para pelajar pengajian tinggi, anda boleh ke laman web Apple For Education.

Samsung

Jika anda seorang pelajar yang baru sahaja memasuki institusi pelajaran tinggi dan memerlukan sebuah peranti pintar untuk berkomunikasi, Samsung menawarkan peranti-peranti pilihan mereka dengan diskaun sekurang-kurangnya 15 peratus.

Jika anda memiliki alamat emel daripada institusi pengajian anda, ia boleh digunakan untuk mencipta akaun Samsung yang boleh digunakan untuk melog masuk ke laman web Samsung Education Store.

Melalui laman tersebut, anda akan dapat melihat pelbagai pilihan peranti pintar dan tablet Samsung yang boleh dibeli pada harga yang lebih mesra pelajar.

Selain daripada diskaun untuk peranti, KPT juga turut telah bekerjasama dengan beberapa penyedia telekomunikasi untuk menawarkan pakej dan pelan khas untuk pelajar.



Paling Popular